Isnin, Mei 14, 2012

PENILAIAN TAHAP KEDUA (SECONDARY SURVEY)
  1. Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang mengalami kecederaan tisu keras dan tisu lembut serta sedarkan diri.
  2. Proses penilaian (TOTAPS) 
    • Talk -
      • Mendekati atlet yang cedera.
      • Tenangkan mangsa dan kenalkan diri sebagai pemberi bantu mula
      • Tanyakan kepada mangsa; bagaimana kecederaan tersebut berlaku, apa yang berlaku, adakah rasa sakit, di mana tempat yang paling sakit, bila ia berlaku
    • Observe
      • Perhatikan dengan teliti lokasi kecederaan sama ada terdapat luka dan pendarahan, kemerahan, bengkak / benjol, perubahan warna kulit, lebam dan sebagainya.
    • Touch  
      • Pegang lokasi kecederaan pelahan-lahan. Lihat reaksi mangsa, tentukan kawasan mana yang paling sakit atau sensitif. 
      • Rasakan adakah terdapat peningkatan haba di kawasan yang cedera. 
      • Adakah terasa bonjolan (deformiti) atau rasa berpeluh atau dingiin
    • Active Movement 
      • Seterusnya minta mangsa mengerakan sendiri anggota yang cedera pada semua julat pergerakan sendi tersebut. 
      • Lihat julat pergerakan (ROM) 
      • Membuat penilaian pergerakan yang mana amat terhadSekiranya mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.
    • Passive Movement 
      • Pemberi bantu mula mengerakkan anggota yang cedera pelahan-lahan pada semua julat pergerakan sendi mangsa yang cedera. 
      • Pemberi bantu mula membuat penilaian dengan menentukan pergerakan mana yang paling sakit. 
      • Rengangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius.
    • Stand 
      • Minta mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan tahap kecederaannya. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada tanda kecederaan yang khusus

Tiada ulasan: