Isnin, Mei 14, 2012

PENILAIAN TAHAP PERTAMA (PRIMARY SURVEY) 

  1. Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan. 
  2. Proses Menilai Atlet Yang Cedera (DRABC)
    Danger - pastikan bahaya kepada pemberi bantu mula dan kepada mangsa supaya bebas daripada bahaya disekitarnya contohnya jika mangsa tersepit, singkirkan bendasing yang menyepitnya.
    Response - cuba gerakkan atau perhatikan sebarang gerakbalas mangsa untuk mengetahui keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan, sentuh dan rasa bahagian badan untuk melihat sebarang respons.
    Airway - pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut mangsa agar tiada bendasing menghalang salur pernafasan.
    Breathing - periksa sama ada mangsa masih bernafas melalui hidung atau mulut. Sekiranya tiada berikan bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.
    Circulation - maksud peredaran darah. Periksa kadar denyutan nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Periksan juga sekiranya terdapat punca kehilangan darah.

Tiada ulasan: