Isnin, Mei 14, 2012

KESAN GAYA HIDUP SEDENTARI DAN PENYAKIT HIPOKINETIK (Kurang Pergerakan)
  1. Gaya Hidup Sedentari
    • Tidak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal
    • Mengamalkan corak pemakanan yang tidak seimbang
    • Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras, menghisap dadah dan sebagainya
  2. Kesan
    • Obesiti
    • Kencing manis @ Diabetes
    • Darah tinggi
    • Penyakit jantung
MATLAMAT SAINS SUKAN

  1. Pertumbuhan organan
  2. Pertumbuhan fizikal
  3. Pertumbuhan otot-saraf serta kemahiran
  4. Pertumbuhan emosi dan sosial
  5. Pembangunan insan dan negara
DEFINISI SAINS SUKAN

Sains sukan ialah disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip sains dalam sukan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan @ bidang ilmu yang mengkaji sains pergerakan manusia dalam aktiviti sukan.

Ahad, Mei 13, 2012

SKOP EXAM SAINS SUKAN UJIAN MEI 2012

SEMUA SOALAN STRUKTUR (50 MARKAH UNTUK SETIAP KERTAS)

KERTAS 1
A. PENGHANTAR SAINS SUKAN
  1. Pengertian dan Skop Sains Sukan
  2. Matlamat Sains Sukan
  3. Gaya Hidup Sedentari dan Penyakit hipokinetik
B. ANATOMI DAN FISIOLOGI
  1. Tisu
  2. Sistem rangka (tumbesaran dan rangka aksial dan apendikular)
C. PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN
  1. Penilaian Tahap Pertama dan Kedua
  2. Pendedahan Kepada Cuaca Panas
D. KEJURULATIHAN SUKAN
  1. Prinsip latihan
  2. Ujibakat, Pemilihan dan Penilaian Prestasi
  3. Fasa periodsasi
KERTAS 2
  1. SOSIOLOGI SUKAN
    1. Konsep Sosiolisasi Sukan
    2. Polarisasi sukan
  2. PENGURUSAN SUKAN
    1. Definisi pengurusan Sukan
    2. Kemahiran dalam pengurusan sukan
  3. PSIKOLOGI SUKAN
    1. Kebangkitan dan kebimbangan sukan
    2. motivasi
    3. pengurusan stress
  4. PEMAKANAN SUKAN
    1. Pengenalan kepada sistem digestif
    2. Fungsi nutrien
    3. Keperluan pemakanan seimbang dan kandungannya

Isnin, Jun 02, 2008

WACHAAAA.........







REUNION PRODIGY KALI PERTAMA 2008


Pada 01-02 Jun 2008 di Mercu Beach Resort, kami telah berjaya mengumpulkan seramai 11 ahli keluarga Prodigy untuk sama-sama mengimbau kenangan semasa menuntut di UPSI dari Tahun 2000-2003. Berlaku banyak kejutan dan keterujaan apabila kami sama-sama berkumpul dan berkongsi cerita tentang kehidupan terkini. Masing-masing sibuk melayan pelbagai karenah anak-anak. John dan isteri telah mempunyai 2 orang cahaya mata. Kesian kat John kerana terpaksa mendukung anak kecilnya yang berumur 2 bulan lebih. Senasib dengan John ialah Haida. Tapi Haida lagi power dengan 3 orang anak. Yang paling kecil pun 2 bulan. Nasib baik suaminya sporting. Kojai datang bersama dengan Kak Laila serta 1 orang anak. Tidak lama lagi anaknya Kuna akan dapat adik kerana kandungan terbaru Kak Laila dah 8 bulan. Manakala Shafinah perlu berbangga dengan suaminya kerana berjaya dengan 2 orang cahaya mata. Anak lelaki Shafinah la yang paling sulung dikalangan kanak-kanak yang hadir. Zainal dan isteri telah berkorban dan sanggup datang dari Kota Tinggi bersama dengan anak lelaki (1 tahun 2 bulan) yang putih melepak dan cukup bergaya. Ustaz Zaki orang terakhir cheak in bersama dengan isterinya dan anaknya yang berusia 1 tahun 3 bulan. Dah gayanya Ustaz mestilah isteri pun macam Ustazah yang amat peramah. Ramli bersama isteri serta seorang anak perempuan telah datang dari Kelantan. Dia antara guru Sains Sukan yang paling sibuk cari duit. Katanya nak buat bisnes cacing pulak. Jeddy terpaksa lone ranger kerana anaknya yang lahir pada 7 September 2007 tidak sihat tiba-tiba. Nasib baik isterinya sanggup berkorban untuk menjaga anaknya. Kak Hasni datang bersama Abang Jailaninya. Dari zaman universiti sampaila hari ini Abang Jai tetap bergaya dan sentiasa smart. Tahun depan geng-geng JB pulak yang host program tahunan Prodigy. Harapan semoga tahun depan lagi ramai geng-geng kite join program macam nie. Terima kasih buat semua yang hadir.